Monday, 28 January 2013

Latihan Sewaktu Guru Berkursus


Assalamualaikum semua,

Untuk pengetahuan semua murid, cikgu akan pergi ke Kuala Lumpur untuk berkursus selama 3 hari. Jadi kamu semua diminta untuk menyiapkan dua latihan di bawah nanti dan hantar kepada cikgu masa cikgu pulang kelak.

LATIHAN 1 : Isi Tempat Kosong

Isi tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah dengan jawapan yang sesuai.

Soalan pertama berdasarkan gambar di bawah :


     1.       Pakaian pengemis itu kelihatan _______________  sekali.

      A.      hodoh                  B. lusuh                C. cantik               D. indah



     2.       Emak saya menggunakan pisau yang _________ untuk menyembelih ayam.

      A.      tumpul                 B. baharu             C. tajam              D. panjang



    3.       Balai polis di kawasan perumahan saya terletak tidak ____________ dari balai bomba.

        A.      jauh                      B. dekat               C. hampir            D. samping



     4.       Rasa peria itu __________ seperti hempedu.

         A.      manis                   B. masam            C. pahit               D. masin



     5.       Kerja yang dilakukan secara ___________ tidak akan sempurna jadinya.

          A.    gopoh              B. lampat         C.cepat           D. cermat



     6.       Ada ramai ibu bapa yang datang bertemu dengan saya untuk mengikhtiarkan masalah anak-anak mereka yang ___________ dan tidak mendengar nasihat mereka.

         A.      gembira               B. degil             C. peramah           D. berahi



      7.       Seorang guru perlu mesra, _________ dan juga mudah untuk berkawan dengan sesiapa saja.

          A.      degil            B. peramah         C. gopoh          D. jelita



      8.       Pemandangan di Bukit Tinggi memang ___________ dan mempersonakan.

           A.      cantik             B. jelita              C. indah          D. dingin



      9.       Perempuan yang ___________ itu adalah penyanyi terkenal Siti Nurhaliza.

           A.      indah             B.  jelita              C. tegap            D. lusuh



     10.   Lee Chong Wei mestilah berbadan _______________  untuk menyertai pertandingan badminton antarabangsa.

     A.      tegak             B. gopoh              C. tegap             D. cantik



    11.   Emak saya suka menggunakan pisau yang tajam dan tidak ___________ semasa memotong sayuran atau daging

      A.    tumpu             B. lumpur        C. tumpuh       D. tumpul



    12.   Rasa buah limau itu ___________ seperti cuka.

       A.      masin                   C. manis               C. masam            D. pahit


    13.   Para penyelidik di Switzerland telah berjaya menghasilkan robot ___________ untuk disuntik ke dalam mata tanpa bantuan ubat bius.

       A.    halus               B. kasar           C. hodoh         D. gopoh



     14.   Namun air yang ___________ jangan disangka tiada buaya.

         A.    tenang             B. gopoh          C. biru             D. lumpur



Soalan 15 berdasarkan gambar di bawah :


                           

    15.   Pintu rumah saya mempunyai kaca yang berbentuk _____________ .

   A.    bujur                B. lonjong        C. bulat            D. segi empat 



LATIHAN 2 : Bina Ayat

Bina ayat berdasarkan perkataan yang diberikan.



  1. nyaman :       ________________________________________________
         _____________________________________________________________


  1. kesihatan :     _______________________________________________
          ____________________________________________________________


  1. dipilih :        __________________________________________________
          _____________________________________________________________


  1. berjaya :     __________________________________________________
          _____________________________________________________________


  1. bergotong-royong :     ________________________________________

    ______________________________________________________________



    Sila hantarkan hasil kerja anda pada 4 Febuari 2013 waktu kelas cikgu. Terima Kasih..

Wednesday, 9 January 2013

LATIHAN 4

PEMAHAMAN

Arahan : Sila hayati bahan rangsangan di bawah ini dengan teliti. Kemudian, buat satu analisis watak dan perwatakan yang terdapat dalam bahan tersebut. Antara perkara-perkara penting yang perlu ada dalam analisis kamu adalah;

a) Nama watak
b) Perwatakan watak
c) Jenis watak





Sila buat latihan ini dalam buku latihan Bahasa Melayu 2 dan hantar kepada saya pada 18 Januari 2013.




Tuesday, 8 January 2013

LATIHAN 3

TATABAHASA

Arahan: Sila hayati bahan ransangan di bawah ini kemudian selesaikan latihan yang disediakan di bawah.



a) Bina 4 ayat tunggal berdasarkan bahan rangsangan tersebut
b) Senaraikan pengajaran yang dapat diambil melalui bahan rangsangan tersebut

Sila siapkan latihan kamu dan buat dalam buku Bahasa Melayu 1. Sila hantar kepada saya pada 17 Januari 2013
LATIHAN 2

Berdasarkan pantun nasihat 4 kerat di bawah, cari nilai-nilai murni yang terdapat dalam pantun dan senaraikannya mengikut susunan rangkap.

PANTUN NASIHAT 4 KERAT

Angin teluk menyisir pantai 
    Hanyut rumpai di bawah titi
Biarlah buruk kain dipakai 
    Asal pandai mengambil hati

Pergi mendaki Gunung Daik             
   Hendak menjerat kancil dan rusa         
Bergotong-royong amalan yang baik
   Elok diamalkan setiap masa

Air melurut ke tepian mandi
    Kembang berseri bunga senduduk
Elok diturut resmi padi                 
   Semakin berisi semakin tunduk

Hendak belayar ke Teluk Betong           
   Sambil mencuba labuhkan pukat
Bulat air kerana pembetung           
   Bulat manusia kerana muafakat 

 Pakai baju warna biru         
    Pergi ke sekolah pukul satu
Murid sentiasa hormatkan guru
    Kerana guru pembekal ilmu

Budak-budak berkejar-kejar
   Rasa gembira bermain di sana
Kalau kita rajin belajar           
  Tentu kita akan berjaya   

Jangan pergi mandi di lombong         
   Emak dan kakak sedang mencuci
Jangan suka bercakap bohong
   Semua kawan akan membenci

Buah cempedak bentuknya bujur
    Sangat disukai oleh semua
Jika kita bersikap jujur
    Hidup kita dipandang mulia


Sila hantarkan kerja kamu semua kepada saya pada 16 Januari 2013.

Monday, 7 January 2013

LATIHAN 1

KARANGAN PROFIL

ARAHAN: Berdasarkan gambar rangsangan berikut, bina sebuah karangan pendek bertajuk " aku sekeping kertas ".
Panjang karangan anda hendaklah antara 100 - 150 patah perkataan.



Sila tuliskan karangan anda dalam buku Bahasa Malaysia 1 dan hantar kepada saya pada 15 Januari 2013

Sunday, 6 January 2013